Salam Ceria Salam Muhibah Warga Blog Warga 1Malaysia.....

Selamat Datang Ke Blog Dari Meja Laptop !!! Disini kita bebas menyatakan pendapat dan komen tentang apa-apa pun selagi tidak menyentuh isu-isu perkauman, agama dan politik. Semoga kita berkongsi untuk manusia sejagat....

Friday, 17 September 2010

Jenayah Kejam Terus Berlaku Di Malaysia

Assalamualaikum......
                               Masih tidak terlambat untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Blog Maaf Zahir Dan Batin". Dan tidak lupa kepada ahli keluarga Arwahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga yang lain atas apa yang telah terjadi. Begitu juga, dengan suami Arwahyarhamah Norliza Ishak dan anaknya. Saya mengucapkan takziah semoga roh mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Dalam kita bersibuk menyambut Hari Lebaran, ada yang mengambil kesempatan untuk membunuh dan menghapuskan segala bukti yang ada. Dan ada yang lain pula, membunuh jiran untuk menyelesaikan segala permasalahan. Apa dan kenapa di bumi Malaysia yang tercinta terus berlaku jenayah yang sedemikian walaupun negara kita telah kecapi kemerdekaan setengah abad. Apakah yang mendorong mereka semua ini untuk melakukan perbuatan jenayah sedemikian?


Pembunuhan Anak Beranak Di Port Dickson

Dahulu pada tahun 1990-an kita telah digemparkan dengan pembunuhan Mazlan Idris ADUN Batu Talam, Pahang yang telah dibunuh oleh seorang penyanyi pop, Maznah Ismail atau dikenali Mona Fandey. Mazlan telah dibunuh dan dipotong 18 bahagian kemudiannye di tanam berhampiran bilik stor rumah Mona Fandey. Jenayah kejam tidak terhenti di situ tetapi masih berlaku sehingga kini.


Beberapa tahun yang lepas, Arwahyarhamah adik Nurin Jazlin Jazimin menjadi mangsa kepada pelaku salahlaku seks yang dikenali "lelaki kucing" yang menculik dan mencabul kanak-kanak. Targetnya mudah iaitu kanak-kanak yang mudah dieksploitasi dan diperdaya. Sehingga kini, pihak polis masih mencari "lelaki kucing" ini.

Kanak-kanak Yang Masih Hilang



 Gambar Wajah Lelaki Kucing

Dan yang terbaru kehilangan Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting bagi urusan jual beli tanah terjawab akhirnya apabila tertangkapnya beberapa suspek termasuk peguam yang bergelar Datuk bersama adiknya. Suspek juga ada kaitan dengan beberapa individu yang lain yang telah hilang. Apa-apa pun diucapakan tahniah kepada PDRM kerana telah menemui beberapa bukti untuk menyelesaiakan kes jenayah itu. Semoga lebih banyak bukti dan penemuan untuk mengheret pihak tertuduh ke muka pengadilan.
http://www.youtube.com/watch?v=Fy1VXKBjg0Q&feature=related









No comments:

Post a Comment